PAGES

2024年7月28日日曜日

' KEADILAN TERHADAP NURFARHAN TERBELA - SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERSYUKUR '

 ' KEADILAN TERHADAP NURFARHAN TERBELA - SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERSYUKUR '

@Jackie San


PUTRAJAYA MALAYSIA: Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan ibu bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain sebaik enam 'pendera' dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.


Sebaik selesai prosiding yang berlangsung lebih tiga jam itu, Zulkarnain Idros, 59, dan Hawa Osman, 60, terus keluar dari mahkamah dan melakukan sujud syukur.


Mereka dilihat menangis dan menadah tangan syukur kerana apa yang diimpikan selama ini supaya enam pesalah itu diheret ke tali gantung tercapai.


"Keadilan terhadap anak saya kini terbela, kami bersyukur kepadaMu ya Allah," jerit Hawa.


Sementara itu, Zulkarnain berkata, keputusan hari ini adalah keadilan buat anaknya yang sudah pergi menemui Ilahi dalam keadaan menyayat hati.


"Kami mungkin akan buat kenduri doa selamat untuk keputusan ini," katanya ditemui selepas prosiding.


Ditanya keadaannya ketika mendengar alasan penghakiman dibacakan Hakim Mahkamah Rayuan, Zulkarnain mengakui dia dan isteri menangis sebaik mendengar keputusan.


"Anak kami cukup menderita apabila diseksa dengan kejam, banyak yang kita tidak tahu selama ini, akhirnya kami dapat dengar dengan jelas apa yang dilakukan mereka terhadap arwah," katanya.


Menurutnya, mereka sekeluarga bersyukur kepada Allah SWT kerana memakbulkan doa dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia mengikuti perkembangan kes itu yang sudah lama mendesak supaya hukuman mati dikenakan ke atas pesalah.


"Terima kasih kepada barisan Timbalan Pendakwa Raya yang begitu hebat hingga dapat membuktikan adanya niat membunuh.


"Saya ucapkan terima kasih kepada hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan tepat dan mengembalikan kepada hukuman mati," katanya.


Katanya, bagaimanapun perjuangan mereka tidak terhenti hari ini kerana dimaklumkan semua pesalah itu akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.


"Saya dimaklumkan dalam masa dua hingga tiga minggu kes ini akan ke Mahkamah Persekutuan," katanya.


Terdahulu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung kepada enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan Osman, tujuh tahun lalu.


Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya kini berusia 28 tahun.


Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sebelum ini keenam-enam perayu yang juga responden dalam rayuan itu dihukum penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat terhadap arwah Zulfarhan Osman mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

>>>BANYAK ARTIKEL SILA BACA DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/konstabel-ipd-sibu-dengan-sengaja.html



@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿