2024年7月30日火曜日

PEMBUNUHAN ZULFARHAN AMAT KEJAM DAN ZALIM DI MALAYSIA

PEMBUNUHAN ZULFARHAN AMAT KEJAM DAN ZALIM DI MALAYSIA - TIADA PERKATAAN MAAF DARI KELUARGA DAN PEMBUNUH 

@Jackie San


UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) WALAUPUN tujuh tahun telah berlalu, kisah kematian tragis Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tetap segar di ingatan rakyat Malaysia.


Tragedi yang menimpa anak sulung dari empat beradik itu bukan sahaja mengejutkan negara, malah mengheret pelbagai persoalan mengenai isu penderaan dan buli dalam kalangan pelajar.


Sehubungan itu, tidak hairanlah kes tersebut sentiasa menjadi bualan dalam kalangan rakyat tidak kira peringkat umur dalam media sosial.


Sehubungan itu, tidak hairanlah kes tersebut sentiasa menjadi bualan dalam kalangan rakyat tidak kira peringkat umur dalam media sosial.


KITA IMBAS KES PEMBUNUHAN:

1) Ada 90 kesan tekapan seterika pada badan arwah. Seluruh badan arwah cedera, hanya muka dan telapak tangan tidak tercedera.


2) Pada 21 Mei 2017, Zulfarhan disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba sebelum mangsa dibelasah beramai-ramai menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju.


Arwah diseksa dua malam berturut-turut. Malam pertama, mangsa dipukul, disepak dan diterajang.


Malam kedua mangsa diseterika di beberapa anggota badan termasuk kemaluan dan kejadian kedua terhenti ketika azan subuh kedengaran.


3) Setelah teruk dipukul, arwah ‘dijaga rapi’ di sebuah bilik. Berselimut seluruh badan.


4) Ketika guna khidmat perubatan Islam untuk cari pencuri komputer riba, ada tiga nama dapat ‘di scan’ oleh Haji Abdullah iaitu ayah kepada seorang pelaku dan nama mangsa antara yang disebut selain Naim dan Izzat Amir.


5) Walaupun kejadian dilapor pada warden, surat layang ditulis atas kertas A4 dan diselitkan pada pintu pagar langsung tidak dipedulikan.


6) Warden awalnya maklumkan, dia akan pergi memeriksa bilik kejadian pada selepas zuhur tapi tiba pada waktunya, tiada kelibat warden.


7) Zulfarhan dibawa keluar dari bilik dan dibawa ke klinik swasta Bandar Baru Bangi untuk dirawat. Pemandu e-hailing turut melihat mangsa dilayan dengan teruk.


Pemandu e-hailing yang angkatkan arwah dari kerusi roda, masuk ke dalam kereta. Tertuduh menolak kerusi roda terkena kaki arwah. Tertuduh senyum apabila ditegur.


8) Tertuduh menipu doktor klinik swasta berkenaan mengenai punca arwah cedera dan memaklumkan arwah terkena bom ketika latihan.


9) Melihat keadaan mangsa yang semakin teruk, Zulfarhan Osman kemudiannya dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dua pelajar UPNM.


10) Mangsa meninggal dunia pada 1 Jun 2017 pada pukul 9.10 malam di kondominium berkenaan sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis.


Mangsa dihantar ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum kematiannya disahkan. Bedah siasat mendapati mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat penderaan fizikal.


Sementara itu, Pada Selasa, bapa kepada Zulfarhan Osman meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam pesalah yang meragut nyawa anaknya.


Zulkarnain Idros, 60, berkata dia dan keluarganya yang lain bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah.


Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan.


Hadhariah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah tuduhan pembunuhan terhadap keenam-enam bekas penuntut yang masing-masing kini berusia 28 tahun.


Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

>>>BACA LAGI ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/konstabel-ipd-sibu-dengan-sengaja.html



@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Akiyoshido Cave (秋芳洞, Akiyoshidō) Sightseeing Mode Summer Break

   https://youtu.be/cPJqWJOvoag?si=DNWCqX5_Ax3yiTH9 >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<