2024年8月1日木曜日

SELISIH FAHAM TAKUT RAHSIA TERBONGKAR MOTIF NUR FARAH KARTINI DIBUNUH KEJAM OLEH ANGGOTA POLIS

SELISIH FAHAM TAKUT RAHSIA TERBONGKAR MOTIF NUR FARAH KARTINI DIBUNUH KEJAM OLEH ANGGOTA POLIS

@Jackie San

POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) mengenal pasti motif pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah disebabkan berlakunya perselisihan hubungan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.


Beliau dilaporkan berkata, laporan siasatan kes sudah dilengkapkan dan suspek yang juga anggota polis berusia 26 tahun akan didakwa di mahkamah pada Jumaat.


“Kita sudah selesai (siasatan) dan kita pun sudah mendapat arahan untuk membuat pertuduhan di Mahkamah Kuala Kubu Bharu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya memetik laporan.


Mengulas lanjut mengenai penemuan beberapa barangan peribadi dipercayai milik Nur Farah Kartini dalam operasi pencarian di Sungai Trolak, Perak, Hussein berkata, ia sudah cukup untuk digunakan bagi mendakwa suspek.


Jelasnya, polis bagaimanapun masih menunggu laporan pihak hospital mengenai punca kematian mangsa.


Mayat Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang di Tanjung Malim, Perak sejak 11 Julai lalu ditemukan di ladang sawit Kampung Seri Keledang, kira-kira 6 petang pada 15 Julai lalu.


Mangsa dipercayai dibunuh individu dikenali dan polis turut menahan anggota polis berpangkat lans koperal, dipercayai teman lelakinya.


Suspek kemudian ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


>>>BANYAK LAGI ARTIKEL SILA BACA DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/konstabel-ipd-sibu-dengan-sengaja.html



@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

ENTRY FEES SET TO BE HIKED FOR ALL NON-LOCAL VISITORS FOR HIMEJI CASTLE - KOBE JAPAN

ENTRY FEES SET TO BE HIKED FOR ALL NON-LOCAL VISITORS FOR HIMEJI CASTLE - KOBE JAPAN  @Jr_Paku Midin Channel KOBE The Japanese city that hos...